Saturday, May 10, 2014

Bila tengok kawan-kawan yang dah bertunang, dah kahwin, yang bakal jadi ibu, diri ini terasa ingin memasuki alam kehidupan seperti diorang....terasa nak kahwin walaupun tiada pilihan hati, tapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu bukan sekadar penyatuan dua hati. Ianya menyatukan dua buah keluarga.
Tanggungjawab setelah kahwin itu besar dan berat terutama bagi seorang yang bergelar suami. Jika kita tidak tahu tanggungjawab serta tidak menjalankan tanggungjawab itu, maka akan pincanglah sesebuah institusi perkahwinan itu. Kebiasaanya, kita akan kahwin jika terasa nak kahwin dan sedangkan kita masih lagi tidak menguasai ilmu rumahtangga. Setiap dari kita semestinya tak nak perkahwinan itu hancur dan roboh, kita ingin bahagia sampai Jannah, tapi jika kita tidak menguasai bab perkahwinan dengan betul maka untuk berjaya mempertahankan itu sukar. Kuasailah betul-betul erti sesebuah perkahwinan itu sebelum melangsungkannya. Semoga berbahagia hingga Jannah bersama pasangan. 

#penulis masih belum ada pilihan [^-^][0_o]

No comments:

Post a Comment