Monday, December 24, 2012

aweq chuck taylor

Buat kerja giler online kul 5 pagi sbb xleh nak tidoq....ha..ha..

Juz nak luahkan perasaan tentang seorang gurl yg di'dumped' oleh BF sebab jatuh hati kat adeq sendiri...hui..giler beb...kalau bende jadi kat aq mmg aq tak kuat arr nak ngadap muka kedua2nya...but she still love her sister so much...and she still hope that X-BF come back to her...she do anything supaya X-BF x lupakan die dan akan kembali kepadanya... bapak setia gurl nie..tp kan lau tgk kehidupan this gurl before she met her BF, i still can accept her action that still hope for her X...i feel sad and i feel that what if i standing in her position...oowwhh...i can't imagine....setiap kali bace dialog this gurl aq trase sedih, sayu, saket hati, kesian...bak kata semua perasaan aq rase...kesian dowh, org yang kita sayang curang dengan adeq yg disayangi...2 2 kita sayang and both of them do this thing to us...uiisshhh...i still can't imagine it...

"Well love is not love when you keep crying and crying in the deep misery. Pernah tengok perempuan yang sanggup kena pukul, kena libas dengan boyfriend but still stays?" 
"You don't love Faizal then kenapa you couple dengan dia?"
 "Sebab you. I want you to notice that i'm around you. I nak you nampak I. Can't you notice me?"

so boys don't alwayz dump girl. Although she look kuat and not gurlish but when she loving someone, dia akan setia dan akan beri cintanya sepenuh hati. sekali hati perempuan di lukai, sukar untuk diubati. yes, sometimes they say that they will forgive it but, it still hard to forget it and the wound become sores and it will remain forever.. 

Saturday, December 22, 2012

Korean VS Malaysian

Aq ade terbaca pasal artis Malaysia ni kutuk artis korea, kata artis Korea just miming je atas pentas la, apa la... hello,tak semua artis Korea miming and macamla artis Malaysia tak pernah miming atas pentas kan..berlambak asenye...
aq bukan nak sokong artis Korean 100% aq pun xde la TAKSUB sangat ngan artis Korean tapi aq suka tgk semangat diorg nak hiburkan penonton...Kalau kita jelez tengok pencapaian 'org' lain  kita tak boleh la nak hentam dan menjatuhkan 'org' tu, kita yg perlu cari jalan macam mane nak naikkan balik prestasi diri.. Kalau main hentam je confirm org lagi benci kita... Semua dah besar panjang, dah boleh fikir baik buruk..
Macam-macam perangai la korang.. Lepas ni jangan ade orang hentam aq lak sudah, ni just pendapat aq je.. No hurt feeling k.

Monday, September 24, 2012

Minggu pertama :
Bincangkan makanan kegenaran anda bersama-sama dengan ahli kumpulan.

Minggu ke-2 :
Bincangkan bakal suami / isteri idaman anda.

Minggu ke-3 :
Tulisakan resepi makanan kegemaran anda dan bentangkan.

Hu...hu...saya nak belajar...

Sunday, September 16, 2012

COUPLE PENTING KER???

Assalamualaikum... disini saya bukan nak bersyarah atau nak memberi ceramah, cuma ingin berkongsi sedikit pendapat tentang couple.... kepada semua gadis-gadis kalau masih gadis la kan...Perlu ke kita mempunyai COUPLE terutamanya ketika kita masih belajar dan masih lagi dalam alam muda belia...kalau diibaratkan buah yang belum lagi masak, yang masih memerlukan baja untuk terus hidup..begitulah kita yang masih memerlukan keluarga untuk menjalani kehidupan seharian... Kalau makan minum pun mak ayah tanggung, jangan berangan nak couple la...korang cuma habiskan duit mak ayah je...mak ayah kerja bermati-matian nak tanggung makan minum korang, korang lak sesenang je bagi duit tu untuk belanja pasangan sementara korang..Tak kesian ke ngan mak ayah...Pastu ada yang tak habis sekolah lagi nak mengandung la dah melahirkan baby la...korang tak rasa malu ker??? nuda2 dah ade anak, anak HARAM lak 2...korang tak fikir masa depan eh...korang ingat laki 2 nak bertanggungjawab ker??? Kalau la dia kata sayang kat korang beribu kali pun, istilah itu tiada maknanya sebab kalau dia sayang dia takkan ROSAKKAN hidup korang...so fikirlah baik2... Ada yang kata, "kami couple berlandaskan islam. Kami tak berpegang-pegangan, kami tak keluar berdua."... Sori ye , dalam ISLAM tiada istilah "COUPLE".... yang ada hanyalah 'COUPLE SETELAH KAWEN'...  Aku bersimpati gila kat bakal SUAMI korang, dapat bekas orang lain... Cinta korang dah tak suci lagi, cinta dah terbahagi kepada berpuluh2 orang dah...suami hanya dapat sisa baki cinta sahaja...

Maaf kalau ada yang terasa, tapi cubalah fikir-fikirkan. Hal ini untuk kepentingan semua, saya cuma tak nak tangok ada lagi anak muda sebangsa dengan saya rosak akhlak dan hidup.... Korang fikirlah, PENTING ke couple 2 dalam hidup...


Sunday, June 10, 2012

Olahragaku

Walaupun dah lambat tapi rasanya tak salah kot kalau nak upload sekarang...he..he..

Program : Kejohanan Olahraga 
Tarikh : 29 Mei 2012
Tempat : Stadium Proton City
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
 Kenangan bersama group A Olahraga bersama dengan guru handsome kami iaitu En. Yunus..tapi sedihnya, encik-encik Intructor kami tak ada...Banyak aktiviti yang berlangsung dan aq hanya layak memasuki perbarisan jer...ha..ha...tengoklah gambar time kitorg tengah makeup untuk perbarisan.....

Keputusannya : 
Tempat ke-3 markah pingat keseluruhan
Tempat ke-2 untuk perbarisan

" peace no war "

Tuesday, June 5, 2012

apa nak jadi ngan saya nie...x tau nk buat ape...padahal tgh minggu exam...study x dpt...nk tido x dpt...nak melalak agi arr x dpt...hu...hu...konpius dengan diri sendiri adalah satu sikap yang bahaya....ehhmmm...
tetibe terasa nak upload gmbar nie...sori kepada tuan punye gmbar yg saya ambik dr blog beliau tanpa izin...juz nk berkongsi gmbar yg cantik nie, walaupun saya tak minat die nie...juz for fun...hu..hu...

Monday, June 4, 2012

mood : nk kawen ngan laki pandai masak
story : baru lepas tengok 5 rencah 5 rasa...sambuil tgk sambil berangan.. betapa bestnya hidup kalau dapat kawen ngan laki yg pandai masak...kita juz order jer nk makan ape and then suma dah terhidang...waah...haish...sempat agi berangan walhal esok nk exam...hu..hu...berangan release tension..he..he...k bubye...nk smbung tgk 5 rencah 5 rasa episode lain lak... ( peace no war )

Friday, January 13, 2012

MASALAH

masalah..masalah dan masalah....
sampai bila-bilapun masalah takkan berhenti mengejar kita..
bila 1 masalah selesai, masalah lain pula yang melanda diri kita...
kadang-kadang tanpa kita sedari, kita sendiri yang 'create' masalah tu..
kadang-kadang pula, masalah kita tu kecil jer tp kita yang perbesarkan masalah itu sehinngakan kita berasa tertekan pasal hal itu sedangkan kita boleh melupakannya....
Masalah sebenarnya adalah ujian daripada ALLAH S.W.T....
ujian yang menyuruh kita berSABAR, ujian yang membuatkan kita dapat menguatkan lagi keimanan kita..
dan semestinya ALLAH tidak akan menguji seseorang itu dengan  ujian yang tidak mampu insan itu terima..

p/s : sebenarnya ada masalah dengan 'roommate' nie..he..he...